Hidanganresepi udang masak butter cheese Resepi sedap yang pantas disedia Tuesday, December 15, 2020 Edit. Hidangan resepi udang sweet sour Caracara membuat ayam sweet & sour ch Sunday, December 6, 2020 Edit. Cara Buat resepi udang masak sos tiram azie kitchen Instagram aziekitchen Sunday, November 8, 2020 Edit.
Naktengok Ayam Masak Merah lauk kenduri dari tukang masak tersohor Batu Pahat boleh klik di SINI Mcm biasa lps basuh beras sy masukkan santan air daun pandan dan garam then tekan button periuk Rendang is an Indonesian spicy meat dish originating from the Minangkabau region in West Sumatra Indonesia. Previous: Resepi My Nasi Tomato Ayam Masak Merah
Panduan} rendang ayam azie kitchen paling sedap. Santapan Senja | Rendang Ayam Azie Kitchen Paling Sedap ~ memang saat ini sedang banyak dicari oleh teman-teman disekitar kita, mungkin salah satunya anda. Masyarakat jaman now memang sudah terbiasa menggunakan internet di gadget untuk mendapatkan informasi gambar maupun video untuk dijadikan inspirasi dan sesuai judul postingan kali ini admin
Hariini saya nak kongsi resepi pau yang gebu dan lembut! Mudah je nak buat pau gebu gebas ini, confirm puas hati. Kukus panas-panas untuk makan pagi mahupun tengah hari pun sedap! Nak buat frozen pun senang. Anda boleh letakkan inti ikut selera anda, contohnya kaya, kacang merah, rendang daging, ayam bbq dan lain-lain lagi.
ResepiAyam Goreng Berempah yang sangat sesuai dihidangkan bersama nasi minyak atau nasi lemak. Sedap juga jika dimakan bersama nasi putih yang panas begitu sahaja. Apa yang paling istimewa tentang resepi ini ialah serai yang ditumbuk berasingan menjadikan tekstur serdak dan bertali serta rangup apabila digoreng. Lagi banyak serai, lagi sedap dan wangi ayam gereng berempah ini.
Resepiserunding daging azie kitchen. Aneka resepi | resepi serunding daging azie kitchen ~ indeed recently is being hunted by users around us, perhaps one of you. Azie 6/11/2018 daging featured lauk pauk raya. Resepi kari ayam tanpa santan azlita; Akhir sekali, masukkan kerisik, gula, garam dan asam keping. Source: aziejaya.blogspot.com
TutorialMemasak resepi ayam goreng butter kering Resepi sedap yang pantas Tuesday, December 22, 2020 Edit. Resepi Ayam. Resepi Kuih; Resepi Rendang; Resepi Ayam Bakar Che Nom. Tutorial Memasak Resepi Mee Hong Kong Azie Kitchen. Cara Buat Resepi Makaroni Bakar Azie Kitchen. Hidangan Resepi Lepat Labu Azie Kitchen. Cara Masak Resepi
1 Perap daging bersama 1/2 mangkuk kicap. 2. Kisar bawang putih, bawang merah, halia, lengkuas dan serai. Tumis hingga naik bau. 3. Seterusnya masukkan lada kisar. Masak hingga sedikit garing. 4.
HUzSk. Sebelum masuk bab resepi, hari ini saya sangat terkejut apabila mendapat mesej dari anak anak tentang ikan koi Jepun yang dibela sejak kecil lagi telah diserang oleh makhluk apa pun tak pasti. 9 ekor kesemuanya. Ada yang hilang sebahagian kepala, ada yang hilang ekor dsb. Walaupun berulang kali saya mengucap kalimah Istirja' Inna lillahi wa inna ilaihiroji'un namun saya tidak dapat menahan sebak apabila setiba di rumah. Saya menangis kesedihan. Serasa sangat trajis kematian ikan ikan kesayangan saya itu. Mudah mudahan saya diberikan kesabaran yang tinggi menghadapi musibah ini. Gantikan lah dengan yang lagi baik, Ya Allah. Ameen. Ini adalah resepi Rendang Ayam yang saya sediakan sebaik balik dari pejabat hari Jumaat yang lalu. Setelah berhari hari tak menjamah nasi, teringinlah pula untuk meratah ayam dengan sedikit nasi. Namun segalanya tak seperti yang diinginkan bila badan badan tiba tiba merasa seram sejuk dan berpeluh seperti hendak pengsan. Agaknya terlalu lama saya berdiri menyiapkan bahan bahan dan saya pulak agak keletihan. Jadi masa makan pun, saya gagahkan sebab mahu makan bersama suami dan anak anak. Memang sungguh tak berselera bila badan tak sihat. Resepi di bawah adalah untuk 2 ekor ayam walaupun saya memasak hanya untuk seekor ayam sahaja. Senang untuk masak masa raya nanti kalau resepi untuk 2 ekor ayam terus. Rendang ini lebih sedap dikacau lama lama dengan api kecil sehingga berwarna gelap. Oleh kerana bahan bahan dihiris dan ditumis terlebih dahulu, rendang ini sangat tahan lama dan lambat basi. Saya bercadang untuk menggunakan resepi ini untuk masakan rendang pada hari raya nanti. Lol puasa pun belum, dah bercerita pasal raya. Seperti biasa, bulan Ramadhan adalah bulan di mana saya menggantung periuk belanga. Saya akan kurangkan sama sekali kegiatan di dapur dan menggunakan masa yang ada untuk perkara lain. Bukanlah maknanya tidak memasak langsung, tapi akan dikurangkan. Jom kita tengok resepi yang saya pelajari dari sahabat saya, Puan Rohaya aka Roy yang merupakan resepi keluarga beliau sejak dulu dan biasa dimasak untuk hidangan di hari raya. Kata Roy lagi, dia biasanya memasak sehingga 5 ekor ayam dan pada hari raya pertama sudah licin semuanya. Rendang Ayam Bahan bahan 2 ekor ayam 1 kg bawang merah - hiris 3 labu bawang putih - hiris 4 inci halia - hiris 4 inci lengkuas - tumbuk 2 inci kunyit hidup - tumbuk 4 batang serai - titik 4 senduk cili kisar - ikut suka pedas Kayu manis, buah pelaga, bunga lawang 4 kg santan 2 keping asam keping - ikut rasa Garam Gula Daun kunyit - opsyenal Sedikit kerisik - opsyenal utk warna gelap Cara cara Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bahan hiris serta serai sehingga wangi. Kemudian masukkan cili kisar dan kunyit serta lengkuas yang ditumbuk. Tumis sehingga cili benar benar garing. Masukkan ayam dan gaul rata sehingga ayam kecut. Masukkan sedikit santan cair bagi membolehkan ayam masak. Setelah itu, baru dimasukkan semua santan dan masak dengan api perlahan sahaja. Akhir sekali, masukkan kerisik, garam, gula dan asam keping secukup rasa. Masak sehingga kuah kering dan pecah minyak. Jika suka, boleh taburkan daun kunyit yang dihiris halus sebelum ditutup api. Nota Setelah ayam masak, boleh keluarkan ayam terlebih dahulu dan masak bahan perencah sambil dikacau dengan api perlahan untuk menjadikan kuahnya berwarna agak gelap.
Bila berada di rumah, kita sebenarnya lagi sibuk dari waktu berada di pejabat. Macam macam urusan yang hendak dibuat. Waktu bekerja dulu, saya punya banyak masa untuk diri sendiri. Saya bertolak pukul pagi dari rumah. Tiba di pejabat, saya menpunyai sedikit masa untuk diri sendiri seperti update blog atau baca komen komen di facebook dsb. Waktu makan tengahari pula, orang lain akan berpusu pusu keluar makan atau keluar ronda ronda di. Jalan Tunku Abdul Rahman Jalan TAR. Tapi saya tidak pernah keluar makan tengahari. Dalam setahun, adalah beberapa kali keluar dengan Husband yang datang ambil saya. Selebihnya saya akan spend masa untuk diri sendiri. Melakukan apa apa aktiviti yang boleh merehatkan minda 1 jam ini kadang kadang saya guna untuk menulis di blog atau update status di instagram saya aziekitchen atau facebook page saya Azie Kitchen Blogger. Sejak dari mula mula bekerja pun, saya tidak keluar waktu makan tengahari. Kalau tak ada apa apa aktiviti di surau, saya akan tidur bila dah bersara, saya jadi sibuk sehingga kadang kadang nak lepak lepak untuk menonton drama Korea pun saya tak sempat. Saya mengambil nap beberapa minit waktu tengahari jika merasa terlalu mengantuk. Jika saya perlu edit video, lagi memakan masa. Saya edit hanya bila saya ada mood. Begitu juga dengan blog. Mesti ada mood baru boleh menulis. Bila dah masuk alam pekerjaan rutin tidak akan berhenti sehingga lah kita mencapai usia persaraan. Menyebut pasal alam pekerjaan, saya sangat bersyukur kerana Juita telah pun mula bekerja bermula 2 Februari 2021. Memulai hari pertama alam pekerjaan secara online kerana masih berada di dalam Perintah Kawalan Pergerakan yang sepatutnya berakhir 4 Februari dan kini disambung sehingga 18 Februari 2021. Manusia hanya mampu merancang, ingat dulu sebelum dia balik ke Malaysia, kami akan bercuti puas puas tanpa saya atau dia perlu mengambil cuti tahunan. Tapi tidak kesampaian kerana pandemik Covid 19 yang melanda dunia. Ingatkan juga nak bawa dia menbgerjakan umrah, pun tidak kesampaian. Memang boleh pergi selepas ini, tapi bagi mereka yang bekerja, pergi dengan mengambil cuti tahunan yang memang terhad. Walau bagaimana pun ini lah lumrahnya yang perlu dilalui seseorang dalam kehidupan ini. Fasa fasa yang akan ditempuhi oleh setiap insan sehinggalah ke akhirnya. Sedar sedar yang muda dah menjadi tua tanpa kita sedari dek kesibukan dengan rutin harian. OK sekarang kita masuk bab resepi. Hari ini saya ingin kongsikan rendang ayam kampung. Rendang pedas Perak versi Bonda Mertua saya. Nama pun rendang pedas, jadi kena ada rasa pedas, baru lah kick. Saya sediakan rendang ini untuk di makan dengan pulut kuning di SINI. Saya banyak kali menyediakan video di Azie Kitchen Youtube Channel bab penyediaan rendang ini. Bolehlah subscribe channel saya untuk melihat video saya yang tak seberapa. Saya sebenarnya seorang yang sangat pantas dalam apa jua tindakan. Pantas bergerak, pantas berfikir. Kadang kadang saya rasa, video ini agak memakan masa. Saya memang tak sabar untuk membuang banyak masa menonton video. Jika mencari resepi, saya lebih sukakan blog di mana saya boleh skip jika tak mahu baca dan terus masuk ke resepi. Itu saya lah. Tak pasti bagaimana dengan anda semua. Rasa macam masa yang sangat berharga, terbazir begitu sahaja. Untuk memasak rendang, saya lebih suka menggunakan santan segar kerana ia akan terbit minyak dengan cantik cuma kali ini tak pasti kerana ianya seperti pekat sangat. Tak pastilah kalau santan ada dicampurkan dengan tepung. Jom layan resepi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba... Rendang Pedas Ayam KampungBahan bahan1 ½ ekor ayam½ kg santan 4 sudu besar kelapa goreng - digoreng keperangan 2 keping asam keping2 helai daun kunyit - hiris½ sudu besar garam kasar atau secukup rasaBahan kisar2 inci halia - 25 gram1 ½ inci kunyit hidup - 10 gram4 biji bawang besar - 170 gram5 biji bawang merah - 50 gram4 batang serai5 sudu besar cili kering kisar Cara cara;Masukkan semua sekali ke dalam kuali dan masak sehingga rendang kering yang disukai. Masukkan asam keping dan garam. Jika suka, boleh masukkan sedikit gula. Masak sehingga kering yang kita daun kunyit dan kacau rata. Bolehlah tutup api.
Setiap kali menjelang raya, kami akan singgah di Batu Gajah untuk membeli rendang tok yang dijual di Bazar Ramadhan dalam perjalanan balik ke kampung suami di Parit Perak. Memang sedap kerana rendang tok memang berasal dari negeri belajar memasak rendang tok dari arwah Bonda Mertua. Beberapa kali juga memasak sama sama dengan arwah sehingga saya dah boleh menghafal bahan bahannya. Balik Kelantan pun saya menyediakan rendang tok menggunakan daging Korban. Saya mengajar bekas pembantu rumah saya, Sri Handayani dan beliau juga boleh memasak dengan sedap. Seperti biasalah bila pembantu rumah dah pandai, semua bahan disediakan beliau. Jadi lama lama kelamaan saya menjadi lupa sukatan bahan bahannya. Walaupun saya ingat semua bahan bahan yang digunakan. Resipi bonda mertua lagi mudah, campakkan semua bahan ke dalam kuali bersama daging, tak perap. Kemudian masak sehingga air daging keluar dan kering, baru dimasukkan santan. Kacaulah sehingga kuah kering yang disukai. Itu semua tinggal kenangan, saya kini merujuk kepada kakak ipar untuk memasak rendang tok kerana beliau juga orang Perak. Sayang sebenarnya kerana resipi tradisionak macam ni, jika tak disimpan betul betul, akan hilang meriahnya. Bila Bonda Mertua meninggal, kami pun dah tak balik kampung lagi. Sekarang beraya hanya di rumah sendiri. Kerana kami menpunyai anak anak yang telah berkahwin yang juga bergilir beraya di rumah mertua mereka pula. Saya beruntung kerana berbesan dengan orang orang di sekitar lembah Klang sahaja. Sebelah tengahari baru bertolak untuk beraya rumah kawan kawan atau saudara mara. Haa itulah sedikit sebanyak kisah bagaimana saya belajar menyediakan rendang tok kerana saya orang Kelantan. Bukan orang Perak. Tapi minat saya untuk belajar resipi masakan tradisional sangat tinggi. Bukanlah sangat kerana nak makan, kalau sekadar nak makan beli sekilo pun dah cukup. Jadi kalau nak cuba masak rendang tok, boleh guna resipi di bawah ini. Lebih lebih lagi orang Perak, kenalah pandai dengan resipi tradisi negeri mereka. Tak boleh nak harapkan orang tua tua lagi. Saya dulu mesti nak belajar, soal masak atau tidak, itu belakang kira. Yang penting resipi ada kat tangan. Jadi kalau nak belajar, boleh beli buku resipi Azie Kitchen, Hebat Di Dapur. Ada resipi rendang tok di layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa menonton video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....Rendang Tok Oleh Azie Kitchen Bahan A1 kilo daging - potong kiub saiz sederhana4-5 sudu besar cili kering kisar - ikut pedas disukai3 kuntum bunga lawang, 1 batang kulit kayu manis, 3 inci biji buah pelaga5 biji bawang merah - hiris3 ulas bawang putih - hirisBahan B kisar halus5 biji bawang merah3 ulas bawang putih1 inci halia1 inci lengkuas5 batang seraiBahan C1 sudu besar jintan kasar/jintan manis1 sudu besar jintan halus/jintan putih1 sudu besar biji ketumbarBahan D3 sudu besar kerisik1 keping gula melaka - 90 gram1 ½ helai daun kunyit - hiris1 kg santan segar pekat1 keping asam kepingSedikit belacan- opsyenalSedikit gula1 ½ sudu besar Knorr Pasti SedapCara caraBahan C digoreng tanpa minyak dan tumbuk bahan A, B dan C ke dalam periuk. Gaul dan perap dengan daging selama 4 jam. Nota lebih sedap jika diperap atas api perlahan sehingga air kering. Kemudian, masukkan santan. Kacau atas api perlahan selama 3-4 jam. Masukkan kerisik, gula melaka dan sedikit sehingga daging mula empuk dan berwarna agak hitam dan kering dan supaya tidak sekali masukkan asam keping dan daun kunyit. Tambah garam, jika perlu Kacau rata. Sesuaikan rasa dan bolehlah ini lebih sedap dan mesra selepas sehari dimasak.